start a free wordpress blog today

Lagi kisah novel pendek…
(dari seorang kenalan yang suka cerita sedih buat renungan)
“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Friday, May 29, 2009

Jasa seorang ibu

Allah bagi kita ibu,untuk melahirkan kita
setelah lahir,makanan pertama kita adalah susu ibu...
ibulah yang pertama memeluk kita...
kita membesar di hadapan matanya...
ibulah orang pertama yang rasa sangat gembira bila melihat perkembangan kita
bila kita pertama kali mengukir senyuman...
bila pertama kali kita boleh duduk tanpa di bantu
bila pertama kali kita merangkak..
bila pertama kali kita bertatih untuk berjalan..
bila pertama kali kita menyebut...mama,mak,ibu,ummi...
bila pertama kali kita dapat menulis..
bila pertama kali kita dapat membaca...
bila pertama kali kita dapat 100% dalam peperiksaan...

semua itu membuatkan ibu sangat gembira...

masa kita bayi,ibu terpaksa bangun di waktu pagi semasa semua orang enak di buai mimpi..
hanya kerana kita menangis kelaparan
hanya kerana kita tidak selesa kerana lampin yang basah..
kerana kita sakit perut...
kerana kita mengada minta dibelai...

ibu terpaksa bersabar apabila kita menangis tidak berhenti-henti...
ibu mendukung kita sampai tangannya kebas..
tapi ibu tidak kisah..
kata nya....tak apa..semua kerana anak kesayangannya...

apabila umur kita 7 tahun,barulah kita boleh mendaftar memori kita kepada memori jangka panjang...

selama 7 tahun,kita tak pernah ingat apa yang ibu dah buat untuk kita

padahal dalam waktu 7 tahun itu lah...waktu kita paling di tatang oleh ibu bagaikan minyak yang penuh...

sebelum usia 7 tahun,kita bagaikan orang cacat yang tidak mampu untuk melakukan apa2 tanpa bantuan ibu....

jika tiada ibu...mungkin..kita tidak akan jadi seperti sekarang ini...

bila pertama kali mengenal alam persekolahan, ibulah orang paling sibuk..

bangun 6 pagi semata2 tidak mahu anaknya pergi ke sekolah tanpa bersarapan...

walaupun berat untuk bangun se awal itu,ibu tidak berkira..

baginya segala harus cukup untuk anak2 nya...

selepas bersarapan,ibu akan ke pasar untuk membeli segala bahan untuk menyediakan makan tengah hari....

sekali lagi ibu akan memasak....ibu akan pastikan setiap kali anaknya pulang dari sekolah,anaknya akan dapat makanan yang enak untuk menghilangkan kelaparan...

apabila kita menghadapi peperiksaan, ibulah yang paling sibuk memastikan makanan seimbang untuk kesihatan kita..tidak lupa solat hajat setiap malam berdoa agar kita mendapat keputusan yang cemerlang...

apabila kita mempunya masalah...ibulah orang yang tidak tidur 2 malam untuk memikirkan penyelesaian yang terbaik untuk masalah kita..

katanya....biarlah dia tidak tidur..asalkan anaknya tidak dibelenggu masalah berat...

apabila kita mendapat tawaran masuk ke universiti..ibulah yang paling sibuk menguruskan bekalan ke sana....baik dari wang...kelengkapan....pakaian...tidak lupa pelbagai perencah dan rempah ratus untuk bekalan makanan yang cukup untuk kita..sekali lagi..ibu tidak mahu kita mati kelaparan apabila berada di universiti nanti....kalau boleh dia sendiri yang ingin memasak untuk kita di sana..tapi apakan daya...anaknya belajar nun jauh di luar negara...

apabila kita pulang bercuti di kampung,sebut aje nak makan apa..pastinya ibu akan memasakkan untuk kita....sekali lagi,dia mahu anaknya menjadi orang yang paling gembira..

apabila kita mempunyai masalah kewangan,ibulah orang pertama yang akan meminjam wang hanya utk menyediakan wang untuk kita....(walaupun,dia selalu cakap....jangan lah risau tentang wang)...padahal dia berhutang untuk kita..

apabila kita nak kawin..ibulah orang yang paling beriya..segalanya dia nak buat..daripada hantaran..pelamin....bunga telur....baju pengantin...make up....makanan....urusan majlis..sehingga dia sanggup berhabis ribuan ringgit hanya untuk menyediakan bilik pengantin yang paling indah untuk anaknya..

ibu....begitu banyak jasamu terhadap ku...aku bersyukur kerana mempunyai seorang ibu ...
setiap ibu adalah ibu yang terbaik di dunia..

anakmu ini jugak pasti akan menjadi ibu suatu hari nanti....pada masa itu, anakmu ini pasti akan merasai segala apa yang ibu rasai...

TERIMA KASIH IBU ATAS SEGALANYA....

aku berdoa kepada Allah..agar dia memasukkanmu ke dalam syurganya...

aku sendiri pasti akan menyediakan sebuah syurga yang paling indah buatmu di dunia ini.....insyaAllah.....

dikarang oleh Azma Wahida.